About Me

My photo
Nur Amirah Nabihah , Anak pertama daripada empat orang adik beradik, @amir4hhh_

Tuesday, May 12, 2020

Mengembara Sekeliling Negeri Kelahiran 😊

Assalamualaikum , selamat sejahtera dan.......

~SELAMAT DATANG
     KE LAMAN BLOG SAYA~

    Musim cuti tahun lepas, amat membuat saya berasa gembira. Walaupun hanya mengembara sekeliling negeri kelahiran sahaja iaitu Johor tetapi saya percaya setiap masa yang kita luangkan bersama mereka yang tersayang amat bermakna , bukan? Seperti pepatah Inggeris yang berbunyi:


    Jadi, memandangkan masa yang kita ada bersama orang yang tersayang adalah sesuatu yang sangat berharga dan baik untuk dikongsi. Saya ingin berkongsi beberapa saat indah yang telah saya lalui bersama keluarga dan sahabat di tempat-tempat yang menarik ini. Saya berharap anda semua sudi membaca coretan indah daripada saya kepada anda. Semoga anda turut sama menikmatinya bersama yang tercinta.

Aktiviti Pertama



Aktiviti kami pada waktu mlam sebegini adalah menonton tayangan filem di pawagam. Kami memilih panggung wayang MBO di AEON  Mall, Bandar Dato'Onn. Cerita apa yang kami tonton ya? 



Eh, kenapa gambar hero filem aksi , Hairul Azreen ni perlu ada di sini ya? Inilah yang saya nak ceritakan. Sebenarnya , kami sekeluarga menonton tayangan filem terhangat tahun 2019 iaitu "Wira". Lakonan mantap pelakon lelaki ini tidak pernah mengecewakan. Memang lakonan yang terbaiklah. 



Aktiviti Kedua😍😍




Alhamdulillah, persahabatan kami sudah lama terjalin sejak tahun 2008 lagi. Walaupun kami tidak bersekolah menengah dalam satu sekolah yang sama seperti zaman sekolah rendah dulu, tetapi hubungan persahabatan kami masih sama seperti dulu. Kami sentiasa mengambil berat antara satu sama lain  kerana bagi kami jarak bukanlah alasan untuk kami memutuskan persahabatan ini.

   Pada tanggal 1 Disember , kami membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama-sama di Paradigm Mall, Johor. Kenapa kami memilih pusat membeli-belah sebagai tempat untuk meluangkan masa bersama? Hal ini kerana kami ingin melaksanakan aktiviti yang wajib kami laksanakan setiap tahun iaitu menonton tayangan filem. Harapan saya ialah saya harap hubungan kami akan kekal selamannya hingga ke Jannah.




Aktiviti KetigaπŸ˜…πŸŠ





Inilah dia destinasi percutian seperti ini yang kami sekeluarga wajib kunjungi setiap tahun. Taman Tema Air πŸ’—πŸ’—πŸ’˜ "Wet World Batu Pahat" ini terletak di Batu Pahat , Johor. Kawasannya agak pendalaman namun, orang yang datang berkunjung tetap ramai. Hal ini kerana perkhidmatan dan keseronokan yang mereka janjikan sangat berpatutan dengan harganya yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.



Antara aktiviti yang kami lakukan di sana adalah:


1) "Giant Wave"





2) "Giant Slide"







(Kolam cetek yang disediakan khas untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun)

    Selain aktiviti-aktivit ini, terdapat beberapa jenis kolam lagi yang berlainan saiz, kedalaman dan aktiviti. Saya berasa sangat gembira kerana walaupun tempat ini agak tersembunyi dan tidak mewah seperti Sunway Lagoon dan taman tema air yang lain, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami berpeluang meluangkan masa bersama-sama.


Aktiviti KeempatπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

   Aktiviti yang keempat ini merupakan aktiviti yang terakhir iaitu majlis kenduri. Majlis ini diadakan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan saudara-mara kami. Majlis ini diadakan di kampung ibu saya yang terletak di Muar.



   Banyak bukan juadah kami? Maklumlah majlis setahun sekali sahaja. Kami sekeluarga saling bekerjasama  untuk menjayakan majlis ini dan bagi memastikan juadah yang kami sediakan sedap-sedap belaka. Perlakuan kami ini menepati peribahasa Melayu yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.



 Kami memulakan majlis kami dengan bacaan Surah Yassin untuk ahli keluarga kami yang sudah lama kembali menghadap Ilahi. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tuan rumah dan diakhiri dengan aktiviti menjamu selera.


  

   Antara juadah yang telah kami sediakan ialah Nasi Ambeng , Pecal Jawa dan bermacam - macam lagi. Untuk pengetahuan anda semua, juadah yang kami sediakan kebanyakannya merupakan makanan masyarakat jawa. Hal ini kerana keluarga sebelah ibu saya merupakan masyarakat Jawa di Johor. 


  Saya berasa sangat bersyukur sekali kerana dapat meluangkan masa bersama saudara-mara,sepupu dan sepapat . Maklumlah, kami memang jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.


Tamatlah sudah coretan indah saya disini. Tetapi sebelum itu , apa kata kita menjana minda sedikit?




PANDANGAN PENULIS BLOG



Pada pandangan anda , apakah usaha - usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan atau melestarikan sesuatu budaya?


   Pada pandangan saya, hidup bermasyarakat merupakan satu peluang keemasan untuk kita saling berkongsi tentang budaya dan adat bangsa atau kaum masing-masing. Contohnya seperti majlis kenduri yang keluarga saya telah adakan. Kenapa? Hal ini kerana semasa majlis tersebut, kami menjemput jiran tetangga dan saudara-mara yang umurnya berbeza-beza. Mungkin ada kanak-kanak yang hadir, tidak pernah makan pecal sebelum ini. Dengan adanya juadah-juadah seperti Nasi Ambeng, mereka dapat mengenali makanan masyarakat Jawa ini. Sekali gus dapat mengajar mereka cara memakan makanan tersebut.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, apabila kita mengadakan sesebuah majlis, eloklah kiranya kita memperkenalkan budaya dan adat kaum atau bangsa kita kepada orang lain. Kesimpulannya, masyarakat turut bertanggungjawab untuk melestarikan dan mengekalkan serta memperkenalkan adat dan budaya kepada masyarakat yang lain agar kita dapat mengenali budaya dan adat antara satu sama lain serta saling menghormatinya.


Sekian, saya harap perkongsian saya sedikit sebanyak dapat mengukirkan senyuman di bibir anda. Selamat menyambut Hari Raya! Walaupun  keadaan tidak berapa elok namun, inilah masanya untuk meluangkan masa bersama mereka yang tersayang.


Oh, ye! Sebelum terlupa, sudi-sudilah tonton video penuh percutian saya di laman sebelah kanan blog saya.

Sekian,
Amirah Si Penulis Coretan Indah ini!