Assalamualaikum , selamat sejahtera dan.......
~SELAMAT DATANG
KE LAMAN BLOG SAYA~
Musim cuti tahun lepas, amat membuat saya berasa gembira. Walaupun hanya mengembara sekeliling negeri kelahiran sahaja iaitu Johor tetapi saya percaya setiap masa yang kita luangkan bersama mereka yang tersayang amat bermakna , bukan? Seperti pepatah Inggeris yang berbunyi:
Aktiviti Pertama

Aktiviti kami pada waktu mlam sebegini adalah menonton tayangan filem di pawagam. Kami memilih panggung wayang MBO di AEON Mall, Bandar Dato'Onn. Cerita apa yang kami tonton ya?
Eh, kenapa gambar hero filem aksi , Hairul Azreen ni perlu ada di sini ya? Inilah yang saya nak ceritakan. Sebenarnya , kami sekeluarga menonton tayangan filem terhangat tahun 2019 iaitu "Wira". Lakonan mantap pelakon lelaki ini tidak pernah mengecewakan. Memang lakonan yang terbaiklah.
Aktiviti Kedua๐๐
Alhamdulillah, persahabatan kami sudah lama terjalin sejak tahun 2008 lagi. Walaupun kami tidak bersekolah menengah dalam satu sekolah yang sama seperti zaman sekolah rendah dulu, tetapi hubungan persahabatan kami masih sama seperti dulu. Kami sentiasa mengambil berat antara satu sama lain kerana bagi kami jarak bukanlah alasan untuk kami memutuskan persahabatan ini.
Pada tanggal 1 Disember , kami membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama-sama di Paradigm Mall, Johor. Kenapa kami memilih pusat membeli-belah sebagai tempat untuk meluangkan masa bersama? Hal ini kerana kami ingin melaksanakan aktiviti yang wajib kami laksanakan setiap tahun iaitu menonton tayangan filem. Harapan saya ialah saya harap hubungan kami akan kekal selamannya hingga ke Jannah.
Aktiviti Ketiga๐ ๐
Inilah dia destinasi percutian seperti ini yang kami
sekeluarga wajib kunjungi setiap tahun. Taman Tema Air ๐๐๐
"Wet World Batu Pahat" ini terletak di Batu Pahat , Johor. Kawasannya
agak pendalaman namun, orang yang datang berkunjung tetap ramai. Hal ini kerana
perkhidmatan dan keseronokan yang mereka janjikan sangat berpatutan dengan
harganya yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.
Antara aktiviti yang kami lakukan di sana adalah:
1) "Giant Wave"
2) "Giant Slide"
(Kolam cetek yang disediakan khas untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun)
Selain aktiviti-aktivit ini, terdapat beberapa jenis kolam lagi yang berlainan saiz, kedalaman dan aktiviti. Saya berasa sangat gembira kerana walaupun tempat ini agak tersembunyi dan tidak mewah seperti Sunway Lagoon dan taman tema air yang lain, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami berpeluang meluangkan masa bersama-sama.
Aktiviti Keempat๐๐๐
Aktiviti yang keempat ini merupakan aktiviti yang terakhir iaitu majlis kenduri. Majlis ini diadakan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan saudara-mara kami. Majlis ini diadakan di kampung ibu saya yang terletak di Muar.
Banyak bukan juadah kami? Maklumlah majlis setahun sekali sahaja. Kami sekeluarga saling bekerjasama untuk menjayakan majlis ini dan bagi memastikan juadah yang kami sediakan sedap-sedap belaka. Perlakuan kami ini menepati peribahasa Melayu yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Kami memulakan majlis kami dengan bacaan Surah Yassin untuk ahli keluarga kami yang sudah lama kembali menghadap Ilahi. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tuan rumah dan diakhiri dengan aktiviti menjamu selera.
Antara juadah yang telah kami sediakan ialah Nasi Ambeng , Pecal Jawa dan bermacam - macam lagi. Untuk pengetahuan anda semua, juadah yang kami sediakan kebanyakannya merupakan makanan masyarakat jawa. Hal ini kerana keluarga sebelah ibu saya merupakan masyarakat Jawa di Johor.
Saya berasa sangat bersyukur sekali kerana dapat meluangkan
masa bersama saudara-mara,sepupu dan sepapat . Maklumlah, kami memang jarang
bertemu kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
Tamatlah sudah coretan indah saya disini. Tetapi sebelum itu , apa kata kita menjana minda sedikit?
PANDANGAN PENULIS BLOG
Pada pandangan anda , apakah usaha - usaha yang boleh
dilakukan untuk mengekalkan atau melestarikan sesuatu budaya?
Pada pandangan
saya, hidup bermasyarakat merupakan satu peluang keemasan untuk kita saling
berkongsi tentang budaya dan adat bangsa atau kaum masing-masing. Contohnya
seperti majlis kenduri yang keluarga saya telah adakan. Kenapa? Hal ini kerana
semasa majlis tersebut, kami menjemput jiran tetangga dan saudara-mara yang umurnya
berbeza-beza. Mungkin ada kanak-kanak yang hadir, tidak pernah makan pecal
sebelum ini. Dengan adanya juadah-juadah seperti Nasi Ambeng, mereka dapat mengenali makanan masyarakat Jawa ini. Sekali gus dapat mengajar mereka cara memakan makanan tersebut.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, apabila kita mengadakan sesebuah majlis, eloklah kiranya
kita memperkenalkan budaya dan adat kaum atau bangsa kita kepada orang lain.
Kesimpulannya, masyarakat turut bertanggungjawab untuk melestarikan dan
mengekalkan serta memperkenalkan adat dan budaya kepada masyarakat yang lain
agar kita dapat mengenali budaya dan adat antara satu sama lain serta saling
menghormatinya.
Sekian, saya harap perkongsian saya sedikit sebanyak dapat
mengukirkan senyuman di bibir anda. Selamat menyambut Hari Raya! Walaupun keadaan tidak berapa elok namun, inilah
masanya untuk meluangkan masa bersama mereka yang tersayang.
Oh, ye! Sebelum terlupa, sudi-sudilah tonton video penuh percutian saya di laman sebelah kanan blog saya.
Sekian,
Amirah Si Penulis Coretan Indah ini!













Wah! Menarik sekali blog yang saudari Amirah hasilkan๐ Pengenalan blog yang ramah. Gambar-gambar yang dirakamkan juga jelas dan cantik๐ป. Pautan video yang dapat difahami. Sekian..
ReplyDeleteBlog sangat menarik kerana mempunyai pelbagai gambar dan video serta ditunjukkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
ReplyDeleteWah, sangat membantu. Terima kasih kpd penulis blog
ReplyDeleteBlog yang ditulis saudari disusun dengan ayat dan bahasa yang sangat cantik. Penambahan video dan gambar yang disertakan juga jelas dan menarik!
ReplyDeleteTerima kasih kepada Nur Amirah Nabihah kerana penulisan blog awak amat membantu saya untuk membaiki penulisan saya.
ReplyDeleteWah, perkongsian yang sangat menarik syabas! Terima kasih atas perkongsian anda. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke taman tema Wet World Batu Pahat pada waktu percutian yang akan datang. Terima kasih!๐๐๐
ReplyDeleteWah!Blog anda sungguh menarik dan kreatif.Saya berharap agar dapat menulis blog sehebat anda juga suatu hari nanti.
ReplyDeleteWahh!!menariknya blog yang anda hasilkan������..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.
ReplyDeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !
ReplyDeleteWahhh sungguh menarik sekali blog kamu!! Makanan-makanan disana kelihatan lazat :D
ReplyDeleteSedapnya gambar Nasi Ambeng di panel blog saudari. Ini menjadikan saya lapar pula . Pandai sungguh saudari mengambil gambar. Terima kasih kepada saudari kerana sudi berkongsi keunikan semasa percutian saudari sekeluarga. Selain itu, saya berharap persahabatan saudari kekal hingga ke akhirnya :)
ReplyDeleteBlog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog untuk memacu industri pelancongan negara.
ReplyDeleteBlog yang menarik. Setiap perkongsian dijelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Penulis membuat pendahuluan dengan menjelaskan satu pepatah Inggeris dan itu merupakan idea yang kreatif. Penulis juga telah meletakkan sesuatu yang lain daripada yang lain iaitu gambar artis yang sebenarnya artis tersebut terlibat dalam filem yang ditontoninya. Tahniah kerana menghasilkan blog yang menarik dan kreatif. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari, menarik sekali blog ini! Saudari sesuai untuk menjadi seorang blogger.
ReplyDeletewah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin ke sana juga!Gambar dan penulisan juga sangat terperinci
ReplyDeletesangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca
ReplyDeletepenulisan yang amat menarik
ReplyDeleteSaya amat terpegun ketika membaca blog awak . Blog yang sungguh menarik , cantik , kreatif dan jelas . :D
ReplyDeleteblog yang sangat menarik dan mempuunyai banyak hiasan.Gambar yang jelas dan terang.Saya pasti anda sangat gembira sepanjang perjalanan.saya berharap untuk ke sana suatu hari.
ReplyDeleteWah! Sungguh menarik sekali pengalaman yang anda kongsikan.
ReplyDeleteGaya penulisan anda sangat menarik perhatian saya sehingga membuatkan saya ingin bercuti ke sana dengan segera. Tambah pula dengan ayat-ayat gramatis yang mudah difahami pembaca. Pasti seronok dapat berjalan-jalan mengelilingi negeri sendiri ๐
ReplyDeleteKandungan yang manarik... Semoga maju jaya sebagai blogger berjaya
ReplyDeletewah ! sungguh menarik pengalaman yang ditulis oleh saudari amirah .Ia juga membuatkan saya teringin hendak pergi ke sana .
ReplyDeleteAnak jati Johor!Tiba-tiba saya mahu menjelajah satu negeri Johor memandangkan terdapat tempat tempat yang belum dilawati walaupun sudah 15 tahun hidup di Johor.Perkongsian pengalaman anda sangat menarik!Saya bagi 5 Wowww!
ReplyDeleteRupanya ini yang ada di 'Anak Negeri Kesultanan Melayu Melaka'.Perkongsian yang padat serta diselitkan kata-kata hikmah yang memberi kesan kepada pembaca maklumlah ,Akak PRS.
ReplyDeleteWah!!Blog yang menarik dan mempunyai isi kandungan yang bagus.Setelah saya membaca blog ini saya tertarik untuk kesana.Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteBlog penulis begitu mengujakan saya. Dengan hanya berkongsi percutian di Johor, saya turut berasa bangga kerana sebagai anak jati Johor, masih ramai lagi yang sentiasa berkongsi pengalaman yang seronok di negeri ini. Saya turut kagum kerana penulis mampu buat jalan penceritaan yang menarik dan tidak membosankan. Saya berharap selepas ini penulis akan terus menulis pelbagai blog di kemudian hari.
ReplyDeletePerkongsian yang dikongsikan oleh awak sangat menarik! Saya teruja ketika membacanya. Gaya penulisan awak yang jelas, gramatis dan juga terperinci membuatkan diri saya berasa seronok untuk meneruskan pembacaan๐. Pengalaman yang dikongsikan memberikan saya pengajaran bahawa walaupun melancong di negeri kelahiran bersama keluarga lebih membawa detik-detik yang indah bersama. Semoga awak menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti๐
ReplyDeleteBlog Travelog Saudari Amirah sangat menarik! Saya mampu lihat keseronokan yang di alami oleh saudari. Ianya merupakan suatu idea yang baik untuk berkunjung ke pawagam dan 'Wet World', taman tema air di Batu Pahat bersama-sama keluarga. Terima kasih di atas perkongsian saudari. ๐
ReplyDeleteBlog saudari Amirah sangatlah menarik perhatian saya untuk membacanya kerana anda meletakkan gambar-gambar yang menarik seperti pelakon Hairul Azreen. Terkejut saya. Saya berharap agar anda dapat meneruskan untuk menjadi seorang penulis blog yang terkenal. Amin๐
ReplyDeleteBlog yang sangat kreatif.Tahniah anda dapat meletakkan beberapa video sebagai perkongsian pengalaman anda.Pepatah dan bahasa yang mudah difahami dan sangat jelas.
ReplyDeleteBlog yang sangat kreatif dan menarik. Teruskan menulis blog pada masa akan datang. Terima kasih di atas perkongsian anda
ReplyDeleteSeronoknya disana. Saya juga ingin kesana setelah membaca blog anda yang kreatif ini. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman anda disana.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeleteAktiviti yang anda lakukan sangat menyeronokkan:)
ReplyDeleteBlog yang amat kreatif dan menarik ! Terima kasih atas perkongsian .
ReplyDeleteWahhhh banyak informasi yang saya dapat dari sini! Terima kasih atas perkongsian awak
ReplyDeleteSaya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudari. Perkongsian pengalaman bercuti bersama keluarga saudari sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian kamu Amirah. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D
ReplyDeleteblog saudari begitu menarik dan ini membuatkan saya rasa bersemangat untuk melawat tempat-tempat tersebut ๐คฉ
ReplyDeleteWah! Sungguh menarik blog ini! Saya berharap dapat pergi ke destinasi ini dengan keluarga saya!
ReplyDeletesangat menarik..penulisan blog yang sangat menarik dan tersusun...saya tertarik untuk mengunjungi ke destinasi ini dan saya memahami akan setiap kelebihan tempat di kunjingi ini...saya berharap blog ini akan mendapat sambutan dan sambungan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik! Saya juga ingin merasai pengalaman ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetempat-tempat sangat menarik. saya begitu teruja membaca blog anda kerana aktiviti -aktiviti yang dilakukan sangat menarik . tetapi blog ini kurang gambar bersama .
ReplyDeleteSangat menarik! Anda menceritakan pengalaman anda semasa mengembara sekeliling Negeri Johor dengan terperinci.
ReplyDelete
ReplyDeleteWah, perkongsian yang sangat menarik, syabas! Terima kasih atas perkongsian anda. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke taman tema Wet World Batu Pahat pada waktu percutian yang akan datang. Terima kasih saudari!
Wah! Saya sangat kagum ketika membaca blog awak. Saya amat suka petikan yang awak letakkan di dalam blog awak. Peribahasa dan simpulan bahasa juga sesuai dengan blog awak. Awak juga telah memperkenalkan saya sedikit tentang tempat-tempat yang terdapat di Johor. Terima kasih atas perkongsian anda.
ReplyDeleteWah! Sungguh menarik blog ini! Saya berharap dapat pergi ke destinasi ini dengan keluarga saya!
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan oleh Amira adalah biasa kerana menggunakan corak yang sama seperti pelajar yang lain, namun ayat yang digunakan adalah gramatis.
ReplyDeleteGAYA PENULISAN AWAK SEPERTI PROFESIONAL.AWAK MENGGUNAKAN AYAT GRAMATIS DAN PENULISAN AWAK JUGA KEMAS.TAHNIAH AMIRAH.
ReplyDeleteSyabas saudari! Blog yang anda hasilakn sangat teratur dan kemas serta professional! Tidak dilupakan juga pengalaman anda yang lalui, sangat monumental. Mantap saudari!
ReplyDeleteBlog yang sangat kreatif.Tahniah anda dapat meletakkan beberapa video sebagai perkongsian pengalaman anda.Pepatah dan bahasa yang mudah difahami dan sangat jelas.
ReplyDeleteBlog yang menarik dan kreatif.Penggunaan kata dan ayat gramatis juga diselitkan juga.Syabas diucapkan kepada penulis.
ReplyDeletePenulisan blog yang menarik dan kreatif. Gambar yang dikongsikan juga menarik. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini!
ReplyDeletePengalaman yang saudari kongsikan amat seronok untuk dibaca dan tidak membosankan. Teruskan usaha saudari sebagai blogger berjaya.
ReplyDeletePerkongsian percutian bersama rakan karib dan keluarga sangat seronok dan menarik . Penyusunan ayat yang gramatis dan mudah dibaca dan dapat menarik perhatian pembaca . Syabas !
ReplyDeleteBlog yang ringkas tetapi menarik.Gambar anda di Wet World Batu Pahat nampak amat menyeronokkan.Tahniah kerana dapat menghasilkan Blog yang menyeronokkan.
ReplyDeleteHebat sungguh percutian anda di negeri kelahiran anda sendiri. Aktiviti-aktiviti yang awak nyatakan dalam blog juga sungguh jelas. Awak juga ada menyatakan tentang pepatah bahasa inggeris yang hebat. Syabas!
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik dan memuaskan kepada pembaca. Saya sangat teruja dengan teknik penulisan yang gramatis saudari. Terima kasih atas perkongsian yang menakjubkan ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyabas! Blog anda sungguh menarik. Walaupun sudah dua kali membacanya , ia tetap tidak membosankan kerana terdapat video-video dan gambar-gambar yang boleh ditonton dan dilihat oleh para pembaca. :)
ReplyDeleteWah! Sangat menyeronokkan pengalaman anda di Johor. Penulisan blog dan gambar yang menarik sekali. Maklumat anda juga bagus dan terperinci.
ReplyDeleteSaya sangat suka dengan blog ini kerana ia memberi saya dan pembaca yang lain maklumat.
ReplyDeleteDua tiga kucing berlari,menarik sekali blog saudari! Saudari mahir dalam menerangkan percutian saudari malah saudari telah menggunakan ayat gramatis.Saya tertarik untuk baca blog saudari.
ReplyDeleteWah maklumat yang dimasukkan dalam perkongsian anda ini sangat padat dan menarik membuat kami sebagai pembaca terhibur membacanya
ReplyDeleteWah, sunggu menarik sekali percutian kamu ini! Saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti
ReplyDeletePercutian yang amat menarik sekali dengan unsur ramah dengan pembaca, Tahniah diucapkan kepada saudari atas kejayaan anada menghasilkan blog sedemikian rupa. Teria Kasih
ReplyDeleteseronoknya cerita pelancongan kamu, Amirah๐๐๐ Saya amat menyukai penggunaan ayat gramatis kamu di dalam penulisan kamu ini. Teruskan!
ReplyDeleteWah! Menarik sungguh blog anda. Terdapat ayat gramtis dan gambar yang dapat menarik minat pembaca untuk membaca.
ReplyDeleteWah! Blog saudari sungguh unik kerana mengandungi susunan ayat yang kreatif dan video singkat yang sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian saudari.
ReplyDeletePercutian yang amat menarik sekali dengan unsur ramah dengan pembaca, Tahniah diucapkan kepada saudari atas kejayaan anada menghasilkan blog sedemikian rupa. Teria Kasih
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik kerana diselitkan dengan banyak video yang membuatkan saya berasa amat tertarik ketika membaca blog anda.
ReplyDeleteWahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh
ReplyDeleteWah, percutian yang amat menarik sekali! Kamu membuatkan saya teruja untuk baca kisah percutian kamu sehingga ke akhirnya kerana penggunaan bahasa kamu yang amat gramatis dan indah sekali. Teruskan usaha saudari.
ReplyDeleteBlog yang amat menarik untuk dilihat dan isi kandungannya sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
ReplyDeleteBlog kamu ini amat menarik kerana penulisannya yang kreatif dan gramatis.Video-video yang dimasukkan juga membuatkan saya tertarik untuk bercuti di sana.
ReplyDeletePenulisan yang sangat kreatif dan menarik! Gaya penceritaan yang santai dan mudah untuk dibaca. Saya juga teringin untuk bercuti di sana setelah menonton video - video yang dimasukkan.
ReplyDeleteSaya berasa tertarik untuk melawat tempat-tempat tersebut selepas melihat blog yang saudari hasilkan amat menarik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah!blog anda sungguh menarik dengan gambar gambar serta video video telah menarik minat para pembaca. Semoga maju jaya dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang blogger berjaya.
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik,jalan cerita serta perincian setiap peristiwa amat teliti.Seperti pemandu pelancong,tiada yang penceritaan yang yang tertinggal.
ReplyDeleteWah! Penuh dengan maklumat serta informasi yang lengkap tentang tempat yang dikunjungi.Saya berharap dapat ke sana juga pada masa akan datang.
ReplyDeleteaktivi yang saudari jalani untuk mengisi masa bercuti sangat bermanfaat dan penulisan saudari sangat gramatis.
ReplyDeleteSaya berasa amat tertarik untuk melawat tempat-tempat tersebut selepas melihat blog yang amat menarik ini
ReplyDeletesungguh menarik blog anda. saya tidak pernah beranggapan yang Johor mempunya banyak tempat untuk dikunjungi
ReplyDeleteWah! Sungguh menarik tempat yang kamu lawati ini. Blog ini juga mempunyai pelbagai info berguna. Saya berharap bahawa saya dapat pergi kesana juga
ReplyDeleteMenarik sungguh percutian anda kali ini. Berdasarkan blog anda saya juga dapat banyak informasi yang berguna tentang persahabatan dan lain lain yang awak kaitkan dalam blog awak. Penulisan ayat juga sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian awak.
ReplyDeleteBlog yang menarik lagikan kreatif.Banyak aktiviti menarik yang saudari lakukan.Video yang disertakan menarik lagi perhatian saya untuk mengunjungi Wet World Batu Pahat.Terima kasih atas perkongsian saudari.
ReplyDeletesungguh menarik blog saudari, saya yakin saudari mendapat pengalaman yang seronok
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.
ReplyDeleteSatu lagi blog yang amat menarik dengan tempat percutian yang amat menyeronokkan. Terima kasih atas perkongsian anda ini.
ReplyDeleteWah, perkongsian yang sangat menarik syabas! Terima kasih atas perkongsian anda. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke taman tema Wet World Batu Pahat pada waktu percutian yang akan datang. Terima kasih!
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik! Saya juga ingin merasai pengalaman ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeletePenulisan anda sangat menarik.Penyusunan ayat yang gramatis sangat menarik perhatian.Tahniah!
ReplyDeleteWah, perkongsian yang sangat menarik syabas! Terima kasih atas perkongsian anda. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke taman tema Wet World Batu Pahat pada waktu percutian yang akan datang. Terima kasih!
ReplyDeleteWah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti
ReplyDelete